Resepi Daging Goreng Masak Kicap Chinese Style

Resepi untuk makan bersama seisi keluarga apabila berkumpul beramai-ramai, pasti meriah. Admin cadangkan anda untuk mencuba dan memasak resepi Daging masak kicap ini. Mudah ringkas dan sedap. 



Bahan-bahan untuk resepi ini adalah

  • 300 Gram Daging Batang Pinang (di potong nipis dan di perap )
  • 1/2 Biji Cili Capsicum Hijau 
  • 1/2 Biji Cili Capsicum Merah
  • 1/2 Biji Cili Capsicum Kuning 
  • 1 Tomato
  • 4 Ulas Bawang Putih 
  • 1/2 Inci Halia
  • 2 Sudu Besar Sos Tiram
  • 1 Sudu Besar Sos Hoisin
  • 1 Sudu Kicap Manis
  • Serbuk Lada Sulah
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
  • Sedikit Daun Ketumbar
  • Sedikit Daun Bawang
  • 1/2 Cawan Air
  • 1 Sudu Besar Minyak Bijan
  • Minyak Masak

Cara-cara nya 

  1. Hiris daging mengikut uratnya , kemudian Perapkan daging bersama Kicap, Sos Tiram, Sos Hoisin, Minyak Bijan, Lada Sulah dan Halia selama 30 minit. Jika ia diperap semalaman lagi lazat. 
  2. Selepas lebih kurang 30-45minit berlalu, Panaskan kuali, tumiskan bawang putih. bersama sayur capsicum. Masak sehingga sayur menjadi sedikit layu tetapi masih rangup. 
  3. Sementara itu, boleh la menggoreng daging dikuali yang sebelah. Tambahkan sedikit air. Tetapi jangan goreng sehingga overcook. 
  4. Ketika daging masih kemerah-merahan, boleh masukkan sayur Capsicum yang digoreng mayang tadi. 
  5. Tambah Garam dan Gula secukup rasa
  6. Setelah itu, bolehla taburkan Daun Ketumbar dan Daun Bawang keatas hidangan. 






0 Response to "Resepi Daging Goreng Masak Kicap Chinese Style"

Post a Comment