Resepi Drummet Paprik Ayamas

Jom kita pelbagaikan ayam drummet Ayamas ini, kita masak ala paprik , pasti mengiurkan dan mengenyangkan. 

Kredit to secukuprasa

 

Bahan-bahannya adalah
  1. 6 Ketul Drumet - Jenama Ayamas
  2. 3 Ulas Bawang Merah - ditumbuk
  3. 2 Ulas Bawang Putih - ditumbuk
  4. 1 Sudu Kecil - Air Asam Jawa
  5. 1/2 Inci Halia - ditumbuk
  6. 5 Biji Cili Padi - ditumbuk
  7. 1 Batang Serai - diketuk
  8. 4 Helai Daun Limau Purut
  9. 4 Sudu Besar - Cili Kisar
  10. 1 Sudu Besar Sos Tomato
  11. 1 Sudu Besar Sos Cili
  12. 1 Sudu Besar Sos Tiram
  13. Garam dan Gula - secukup rasa
  14. Air Secukupnya
  15. Minyak masak untuk menumis
Cara-cara Penyediaannya
  • Pertama, Gorengkan Drummet Ayam terlebih dahulu, dan toskan. Biarkan ia ditepi seketika.
  • Panaskan Minyak dan tumiskan bahan-bahan yang ditumbuk sehingga naik bau dan garing
  • Masukkan Cili Kisar, Daun Limau Purut dan Serai, Kacau dan biar kan cili masak dan pecah minyak
  • Kemudian masukkan sos Cili, Sos Tomato, Soso Tiram, Pati Asam Jawa dan Garam dan Gula, Kacau sehingga rata
  • Tambahkan sedikit air untuk berkuah sedikit, biarkan ia mendidih seketika
  • Baru la, masukkan Ayam Drummet yang telah digorengkan tadi dan kacau sehingga sebati
  • Padamkan Api dapur dan boleh dihidangkan. 


0 Response to "Resepi Drummet Paprik Ayamas"

Post a Comment