Resepi Bunger Malaysia ( Pau Goreng)


Bahan untuk Adunan Doh - Pau
  1. 400 gram Tepung gandum 
  2. 1/2 peket Yis Mauripan (yang telah dikembangkan dengan air suam)
  3. 2 sudu besar Gula Pasir
  4. 1 sudu Majerin
  5. 2 sudu Susu Tepung
  6. Sedikit Garam (secukup rasa)
  7. Sedikit air untuk mencanai doh
Cara-cara dan Petua yang mudah untuk menyediakan Pau yang lembut dan gebu

  1. Pertama, tuangkan setengah paket Yis Mauripan dengan Air Suam dan satu sudu kecil Gula Pasir,  kacau sehingga larut dan biarkan ia hingga berbuih.
  2. Masukkan Tepung ke dalam mangkuk, buat lubang masukkan semua bahan-bahan dan uli hingga lembut.
  3. Biarkan doh rehat seketika di dalam lebih kurang 30 minit.  Bila doh mengembang, lenyekkan doh perlahan untuk buang angin.  Kemudian buat bentuk bulat saiz ikut kesukaan sendiri. 
  4. Biarkan doh sampai mengembang sehingga seganda.
  5. Goreng Doh Pau dengan minyak penuh (deep fried) supaya pau masak rata dengan gunakan api yang sederhana.
  6. Bila sudah kekuningan, angkat dan toskan minyak.
  7. Bila sudah sejuk, boleh belah dua pau (jangan belah sampai habis) dan masukkan inti sambal tumis, timun dan hirisan telur rebus.
  8. Siap untuk dihidang. Mudah kan..

Cara-cara untuk menyediakan Sambal Ikan Bilis 

Bahan-bahannya 

  1. Ikan Bilis - *dibasuh, digorengkan garing
  2. Cili Kering *kisarkan
  3. Bawang Merah *kisarkan
  4. Bawang Putih *kisarkan
  5. Sedikit belacan *kisarkan
  6. Jus Asam Jawa
  7. Minyak Masak
  8. Garam dan Gula *secukup rasa
Cara-caranya adalah
  1. Panaskan kuali, masukkan Bahan-bahan yang telah dikisar dan biarkan sampai garing sehingga naik minyak.
  2. Masukkan Gula,Garam dan Air Asam Jawa.
  3. Masukkan Bawang besar yang dipotong dadu serta Ikan Bilis yang telah digoreng awal tadi.
  4. Gaul sehingga sebati dan biarkan sehingga kering.
  5. tutup api.

0 Response to "Resepi Bunger Malaysia ( Pau Goreng)"

Post a Comment