Resepi Diet : Tauhu Sumbat Crispy

Mari kita kongsikan resepi tauhu yang sihat, mudah dan lagi berkhasiat.

bersos cili

Berkuah kacang


Bahan Utama yang diperlukan

  1. 3-5 keping Tauhu
  2. 1 Biji Timun *size sederhana
  3. 1/2 Buah Sengkuang *size kecil 
  4. 1 Batang Lobak Merah 
  5. Sayur Taugeh- *buang akarnya, cuci, celur sekejap dan toskan
  6. Minyak secukupnya  *untuk menggoreng Tauhu
Cara-cara untuk menyediakannya
  1. Tauhu dipotong 3 segi dan goreng sampai masak dan sedikit garing. 
  2. Sementara tu, hiriskan secara memanjang Sengkuang, Lobak Merah dan Timun 
  3. Celurkan taugeh sekejap je dan toskan. Ketepikan dulu.
  4. Belahkan bahagian tengah tauhu kerana untuk sumbatkan sayur
  5. Masukkan sayur ke dalam belahan Tauhu itu dan boleh la dicicah dengan Sos Cili homemade

Bahan untuk bancuh Sos Cili - Homemade 

  1. 3-10 Tangkai Cili Merah *bergantung tahap kepedasan masing-masing
  2. 5 Tangkai Cili Kering *potong kecil, cuci dan rendamkan dengan air panas
  3. 2 Ulas Bawang Putih
  4. 1 Air *secukupnya
  5. Garam dan Gula *secukup rasa 
  6. Jus perahan limau kasturi *satu biji

Cara untuk bancuh Sos Cili 

  1. Kisarkan semua bahan kecuali jus limau.
  2. Masakkan sos sehingga pekat di atas api dapur.
  3. Campurkan jus limau dan kacau rata. 

0 Response to "Resepi Diet : Tauhu Sumbat Crispy"

Post a Comment