Resepi Daging Dendeng Kering

Jom masak daging dendeng ini, memang macam rumit tetapi memang berbaloi, Sebab susah nak jumpa dekat kedai-kedai, memang eksklusif dimasak dirumah oleh Mak kita, untuk menyambung warisan resepi ini, Mari kita praktikkan. Selamat Mencuba


Bahan Utama
  1. 500gram Daging Lembu *daging batang pinang

Untuk Sos Perapan
  1. 3 sudu besar Kicap Lemak Manis *pekat 
  2. 1 sudu besar Gula
  3. 1 sudu kecil Garam
  4. 1 sudu kecil biji Lada Hitam - *dihancur kasar 

Bahan Untuk Memasak:
  1. 5-6 Tangkai Cili Merah 
  2. 5-6  Biji Bawang Merah besar
  3. 5 Ulas Bawang Putih
  4. 20gram Halia
  5. Jus Asam Jawa *asam jawa diramas2 dengan 1/4 Air)
  6. 1 Sudu Besar Kicap Pekat Lemak Manis
  7. 2 sudu kecil Cuka Putih
  8. 2 sudu kecil Gula
  9. Garam *secukup rasa
  10. 3/4 Cawan minyak masak

Cara-caranya untuk menyediakannya:
  1. Pertama, hiriskan daging batang pinang nipis-nipis dan menjadi kepingan
  2. Sekurang-kurangnya, Kita perlu perap daging dalam dua jam atau sehari sebelum memasak
  3. Dengan bahan-bahan yang biasa digunakan untuk memerap daging seperti Kicap Pekat Lemak Manis,  Biji Lada Hitam, Garam dan Gula. Gaul bahan-bahan perapan sehingga daging diselaputi sepenuhnya dan masuk ke dalam beg plastik ziplock, tutup, dan perap di dalam peti sejuk untuk sekurang-kurangnya dua jam atau semalaman.
  4. Hari keesokkannya, kupas Bawang, Halia, Bawang Putih dan belah menjadi potongan kecil agar senang untuk ditumbuk dengan menggunakan Lesung Batu dan Penggiling. 
  5. Untuk penyediakan dendeng memang lebih enak jika segala bahan tumisnya ditumbuk.
  6. Gunakan lesung batu untuk hancurkan bawang putih, bawang merah dan halia sederhana kasar.
  7. Buang batang cili dan potong menjadi kepingan kecil. Gunakan lesung batu yang sama untuk menghancurkan cili sedikit. Masukkan cili bersama dengan bawang putih, bawang merah dan halia yang ditumbuk sebentar tadi. Biarkan ia seketika ditepi.

Tiba masa untuk menggoreng dan memasak Daging Dendeng. 

  1. Masukkan minyak ke dalam periuk dan panaskan dengan menggunakan Api yang besar. J
  2. Biarkan api pada suhu panas dan goreng kepingan daging lembu sehingga gelap dan rangup, kira-kira 4 minit. .

Selepas daging sudah digoreng,

  1. Pasti Daging yang goreng tadi , benar-benar bebas daripada minyak berlebihan.
  2. Dengan menggunakan Lesung tumbuk, tindihkan atau lenyekkan permukaan kepingan daging sehingga nipis dan penyek.
  3. Kemudian, panaskan minyak di atas api tinggi kemudian masukkan campuran yang ditumbuk pada awal tadi ( Bawang Putih, Bawang Merah, Halia dan Cili Merah) Tumis untuk 10 minit, dan kacau sekali-sekala.
  4. Selepas 10 minit, masukkan Air Asam Jawa. Kemudian, masukkan Garam, Kicap Pekat lemak manis, Cuka dan Gula. Kacau sehingga rata dan masak selama kira-kira 3 minit.  Masukkan daging yang sudah dileperkan. Kacau sehingga dan masak selama 10 minit lagi sehingga kering sedikit. 
  5. Dah siap, memang agak leceh tetapi amat berbaloi. 
  6. Sesuai  dihidang dengan nasi panas. Jika anda memasak hidangan ini untuk Hari Raya atau majlis khas, daging dendeng juga sedap disajikan dengan nasi impit, lemang dan kuah lodeh. 



0 Response to "Resepi Daging Dendeng Kering "

Post a Comment