Resepi Kuih Keria Ball Gula Melaka

Minum petang, sama-sama kita luangkan masa bersama keluarga tersayang sambil layan kartun dekat tv9.  Tetapi suami isteri boleh cuba resepi ini sama-sama.. sebab sangat mudah, dan bahan-bahan nya pun senang dibeli. Selamat mencuba.


Bahan-bahannya untuk sepiring Kuih Keria Ball

  1. 500 Gram Ubi Keledek
  2. 1 Cawan Tepung Gandum
  3. 1 Sudu Besar Tepung Beras
  4. 1 1/2 Sudu kecil Soda Bikarbonat
  5. 2 Keping Gula Melaka
  6. 1 Sudu Gula Pasir
  7. 1 Cawan Air
  8. Garam *secukup rasa

Cara-cara membuatnya:

  1. Mula-mula, rebuskan Ubi Keledek sehingga betul-betul empuk
  2. Toskan Ubi keledek yang sudah empuk tadi.
  3. Kemudian, Lenyek Ubi keledek sehingga tiada ketul-ketulan. Selepas itu, campurkan Ubi keledek yang telah dilenyekkan tadi dengan Tepung Gandum, Tepung Beras dan Soda Bikarbonat dan gaulkan hingga sebati menjadi doh keria
  4. Bulat-bulatkan Doh keria dan bentukkan menjadi bentuk bulat.
  5. Goreng doh keria yang telah dibentuk kemudian toskan untuk hilangkan minyak
  6. Kemudian, untuk part kedua Campur dan cairkan Gula melaka, Gula pasir dan Air sehingga mendidih dan menjadi pekat likat.
  7. Masukkan keria yang telah digoreng tadi dan gaulkan sehinga sebati
  8. Toskan gula berlebihan dengan penapis.
  9. Sedia untuk dijamu pada seisi keluarga bersama Teh O panas kurang gula.
  10. Selamat mencuba.

0 Response to "Resepi Kuih Keria Ball Gula Melaka"

Post a Comment