Resepi Ketam Madu Berempah

Hah, Hari ini hari gaji, so makan besar sikit la..Kita masak Ketam ok..hehehe


Bahan Utama
  1. 3-5 Ekor Ketam 
  2. 2-3 sudu besar Cili Kering *yang dikisar
  3. 1 sudu besar Rempah Kari
  4. 2 sudu besar Sos Cili
  5. 1 sudu besar Sos Tiram
  6. 1 sudu besar Sos Tomato
  7. 3 sudu besar Madu *dibancuh dgn sedikit air
  8. Sedikit Daun Ketumbar/Daun Sup *dihiris
  9. Daun Kari
  10. 1 biji Tomato *dibelah 4)
  11. Garam *secukup rasa
  12. Gula *secukup rasa
  13. Air *secukupnya
Bahan-bahan yang dikisar
  1. 1 Labu Bawang Besar
  2. 3 Ulas Bawang Putih
  3. 1 Inci Halia
  4. 2 Batang Serai
Cara-cara untuk menyediakannya :
  1. Bersihkan ketam serta perapkan dengan Serbuk Kunyit dan Garam selama 10 minit . Kemudian, goreng sehingga kekuningan. 
  2. Sementara itu, kisarkan bahan-bahan yang perlu dikisar. 
  3. Selepas itu, panaskan Minyak masak dan tumis Cili kering dan bahan-bahan kisar sehingga naik bau. Masukkan Rempah Kari dan kacau sebati.
  4. Masukkan Sos Cili, Sos Tomato, Sos Tiram, dan sedikit air. Biarkan kuahnya mendidih.
  5. Setelah kuah agak kering, masukkan Madu dan Ketam yang sudah digoreng tadi. Gaulkan.
  6. Jangan lupa masukkan Daun Kari, Ketumbar atau Daun Sup serta Tomato. 
  7. Jika kurang manis atau masin, tambahlah garam dan gula secukupnya.
  8. Sudah Siap, sedia dihidangkan. 


0 Response to "Resepi Ketam Madu Berempah"

Post a Comment