Resepi Diet / Vegetarian : Tauhu Goreng Black Pepper -

Asalkan berdiet, mula la kononnya nak makan western ,hotdog la, nugget laa, itu semua process food jangan sentuh, sebenarnya lagi tambah la kalori intake kita.  Nak Selamat Jom masak tauhu ini- Tauhu ia dari Kacang Soya, kaya dengan Protien dan sesuai untuk dijadikan makanan diet (Penahan dari lapar)


Bahan-bahannya adalah
  1. 4 Keping Tauhu - *dipotong kecil dan digoreng
  2. 1 Biji Bawang Holand *dipotong nipis dan kecil
  3. 3 Biji Bawang Putih*dipotong nipis
  4. 1/2 Sudu besar Biji Lada Hitam *ditumbuk hancur, tidak terlalu halus sangat
  5. 2 Sudu Besar Sos Black Pepper
  6. 1 Sudu Besar Kicap 
  7. 1 Sudu Besar Tepung Jagung *untuk memekatkan kuah
  8. Garam dan Gula *secukup rasa
  9. Air *secukupnya
  10. Daun Bawang
Cara-caranya adalah
  1. Pertama, Satukan Sos BlackPepper, Kicap cair, Air, Tepung Jagung ke dalam mangkuk kecil, kacau sehingga sebati . 
  2. Kemudian, Panaskan Minyak masak dikuali, tumiskan Bawang Holand dan Bawang Putih sehingga sedikit layu.
  3. Masukkan bahan-bahan yang disatukan didalam mangkuk sebentar tadi ke dalam kuali, 
  4. dan biarkan ia mendidih .
  5. Kemudian , masukkan Tauhu yang sudah digoreng garing tadi.
  6. Taburkan serbuk Lada hitam, *Garam dan *Gula secukup rasa. - jangan banyak sangat sebabkan kita tengah diet.. hehehe
  7. Biarkan ia masak seketika dan kuah pekatnya sebati dengan Tauhu.
  8. Padamkan api, taburkan Daun Bawang. 
  9. Boleh la ratah, macam tu sahaja atau dimakan bersama Nasi Perang atau Nasi Putih dengan kuantiti yang betul. 
  10. Selamat berdiet

0 Response to "Resepi Diet / Vegetarian : Tauhu Goreng Black Pepper - "

Post a Comment