Resepi Mee Goreng Bodo

Hahaha, kenapa panggil bodo kerana kesudahannya nampak kosong dan seperti tidak cukup bahan. Tetapi jangan pandang sebelah mata, kerana kesedapan ia setanding Mee goreng yang cukup sifat. Selamat Mencuba. 
Sumber dari Google


Bahan-bahan untuk memasak Mee Goreng Bodo
  • 1 Peket Mee Kuning
  • 1 Biji Bawang Merah Besar *dihiris halus
  • 3 Ulas Bawang Putih *ditumbuk lumat
  • Minyak Masak
Bahan sos (disatukan)
  • 4 sudu besar Sos Mee
  • 4 sudu besar kicap lemak manis
  • 2 sudu besar Cili Giling
  • 2 Sudu Besar Sos Cili
  • 1 Sudu Besar Sos Tomato
  • 1 cawan air
Bahan lain
  • Fish cake dan fish ball
  • Sayur Taugeh
  • Bawang goreng * akhir
Cara-cara untuk memasak Mee Bodo

  1. Panaskan minyak untuk menumis. Tumis bawang besar merah dan bawang putih hingga warna keemasan.
  2. Setelah itu, masukkan segala sos dan air. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan Bahan lain. Masak atas api besar hingga masak.
  4. Masukkan mee kuning. Kacau rata kesemuanya hingga sebati dan kuah sedikit pekat / separa kering
  5. Taburkan Bawang Goreng dan Sedia dihidangkan

0 Response to "Resepi Mee Goreng Bodo"

Post a Comment