Resepi Bubur (Moi) Nasi yang Sihat


Pada kebiasaannya, bubur nasi menjadi pilihan kepada mereka yang sedang sakit kerana berasa kurang selera makan, dan waktu ini la, bubur nasi akan menjadi hero kepada mereka.  Jom kita sediakan untuk orang yang kita sayang, yang paling penting air tangan sendiri, confirm sedap. 

Bahan-bahan utama : 
  • 2 pot Beras
  • 1 mangkuk kecil Isi Ayam
  • 2 Biji Ubi Kentang  *dipotong dadu
  • 1 Biji Karot Merah  *dipotong dadu
  • Lada hitam *ditumbuk
  • 1/2 inci Halia dihiris
  • 1 Kiub ayam / Stock Ayam
Bahan untuk finishing :
  • Daun Sup & Daun Bawang *ditabur
  • Ikan bilis goreng atau Ikan Masin
  • Telur masin *jika mahu
  • Lobak masin *jika mahu
  • Bawang Goreng *jika mahu

Cara-cara untuk menyediakannya: 

  1. Basuh beras hingga bersih
  2. Kemudian campurkan kesemua bahan diatas dan rebus hingga menjadi bubur nasi. Gunakan api yang sederhana perlahan. 
  3. Jika mahu masukkan daging, atau udang, pon boleh masukkan. 
  4. Jika mahu rasa sedikit berlemak, boleh masukkan santan, lebih kurang 200ml.
  5. Semoga cepat sembuh 



0 Response to "Resepi Bubur (Moi) Nasi yang Sihat"

Post a Comment