Resepi Kerabu Kacang Panjang

Resepi kerabu untuk dikongsikan, bukan sahaja ringkas malahan amat berkhasiat untuk tubuh badan kita.

Bahan-bahannya: 

  • 1 ikat Kacang Panjang
  • 1 biji Timun *saiz sederhana
  • 1 biji Bawang Besar
  • 1 biji Buah Tomato
  • 1/2 batang bunga kantan
  • 1 biji Cili Merah - *boleh tambah ikut tahap kepedasan masing-masing
  • 1/2 cawan Udang Kering
  • Perahan Jus Limau Nipis/Kasturi atau Lemon *secukupnya
  • Belacan *sedikit
  • Kerisik *secukupnya
  • Garam dan gula *secukup rasa

Boleh ditambah Udang basah jika mahu tapi perlu direbus seketika, serta cili api kalau nak pedas lagi.

Cara-cara penyediaannya;

  1. Bersihkan kacang panjang dan dipotong nipis/kecil-kecil.
  2. Kemudian potong Timun kecil-kecil buang empulur tengah timun ni . Potong nipis-nipis bunga kantan dan potong buah tomato.
  3. Mayang bawang besar nipis-nipis dan ketepikan dulu .
  4. Tumbuk udang kering dengan belacan dan cili merah sampai lumat , perah limau kasturi dan ambil jusnya.
  5. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mangkuk yang sesuai dan digaul rata . Jika ada bahan yang terkurang boleh la ditambah ikut pada selera masing-masing.
  6. Sedia untuk dihidang. 

0 Response to "Resepi Kerabu Kacang Panjang"

Post a Comment