Resepi Pengat Pisang Menawan

Pencuci Mulut yang manis ini pasti dapat menawan selera dan mood dikala waktu petang sebegini.  Pemilihan pisang yang sesuai amat penting untuk mengekalkan tekstur yang chewy. 



Bahan-bahan

  • 8 Biji Pisang  *dipotong serong
  • Santan Pekat jika tiada boleh pakai yang kotak
  • Gula Melaka/ Gula Merah *separuh
  • 2 Sudu besar Gula 
  • 1/4 paket kecil Sagu
  • 200 ml Air 
  • Daun Pandan *disimpul
  • Secubit garam *jika perlu

Cara membuatnya
  1. Pertama, Rendamkan sagu terlebih dahulu. Supaya cepat kembang nanti
  2. Tuang air ke dalam periuk.  Jika terlalu banyak, nanti terlalu cair pula. 
  3. Masukkan sagu yang sudah dikembangkan dan masukkan pisang. 
  4. Biarkan dan kacau sekejap sehingga sagu yang putih-putih tu dah jadi warna macam lutsinar
  5. Kemudian, masukkan Gula Melaka. Gula melaka ini kita hancurkan dan cairkan dulu. Takut nanti masuk dalam periuk dia masih lagi berketul-ketul.
  6. Selepas masukkan Gula serta Daun Pandan kacau seketika. Setelah sebati semua. Masukkan santan , biarkan hingga mendidih.
  7. Kacau dan siap

0 Response to "Resepi Pengat Pisang Menawan"

Post a Comment