Resepi Kuih Semperit Coklat yang comel




Sememangnya belum tiba hari raya, tetapi ada yang teringin.  Mari kita buat resepi ringkas ini. 

Sumber dari Google

Bahan-bahan yang diperlukan *15-30biji

  1. 3/4 cawan Mentega
  2. 1 cawan Tepung Gandum *perlu diayak
  3. Sedikit esen vanila
  4. 2 cawan Tepung Kastard *perlu diayak
  5. 1/2 cawan Gula
  6. 1 biji Kuning Telur
  7. 3 sudu besar Serbuk Koko
  8. Coklat Rice atau Coklat Chip untuk hiasan

Cara-caranya 

  1. Masuk Mentega bersama Gula ke dalam mixer, pukulkan hingga kembang dan masukkan Kuning Telur serta Vanila Esen.
  2. Kemudian, masukkan Tepung Gandum dan Tepung Kastard yang telah diayak serta Serbuk Koko.
  3. Gaul hingga sebati hingga menjadi doh yang lembut.
  4. Masukkan dalam acuan semperit dan terapkan di atas dulang pembakar.
  5. Taburkan Coklat Rice atau Coklat Chip atas permukaannya.
  6. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170 darjah celcius selama 15 minit.
  7. Selamat mencuba

0 Response to "Resepi Kuih Semperit Coklat yang comel "

Post a Comment