Resepi Popia Jejari Ketam Keju Bersira

Resepi ringkas yang boleh disediakan dengan segera, dan enak dimakan pada bila-bila masa pun.




Bahan-bahan yang diperlukan
  • Sepeket Jejari Ketam *dalam 20batang
  • Kulit Popia *20 helai
  • 2-3 Kepingan Keju *dipotong memanjang 
  • 1 Sudu kecil Tepung Jagung & Sedikit Air
  • Minyak Masak *untuk menggoreng
Hiasan:
  • Sos Ala Thai
  • Bawang Goreng
Cara-cara menyediaannya
  1. Bentangkan Kulit Popia
  2. Letakkan Keju yang dipotong memanjang, sama panjang size jejari ketam
  3. Kemudian, tindihkan Jejari Ketam diatas keju (cheese) 
  4. Lipat kulit popia tersebut seperti biasa
  5. Kemudian, gamkan dihujungnya dengan bancuhan tepung jagung, agar ia tidak terbuka semasa digoreng. 
  6. Selepas itu, bolehla mula menggoreng dengan minyak yang telah panas,
  7. Gorengkan sehingga Kulit Popia bertukar menjadi kuning keemasan.
  8. Boleh diangkat dan ditoskan,
  9. Setelah itu, boleh la sapu sedikit sos Ala Thai di atas permukaannya dan taburkan sedikit Bawang Goreng.
  10. Dah Siap !

0 Response to "Resepi Popia Jejari Ketam Keju Bersira"

Post a Comment