Resepi Sotong Goreng Kunyit Berkuah


Resepi Sotong yang sentiasa dipernah mengecewakan, dengan sebelah mata pun boleh sediakan.. hehe..jangan cakap besar. Untuk yang newbie-newbie yang baru berjinak-jinak untuk ke dapur,  Jom ikut resepi ini

sumber dari goggle

Bahan-bahannya :


  1. Sotong *dipotong seperti cincin
  2. Bawang besar *dipotong dadu
  3. 5-7 Tangkai Cili padi
  4. Jus Asam Jawa
  5. Kunyit serbuk
  6. 1 sudu serbuk kari
  7. Bawang Merah  *dikisar
  8. bawang Putih *dikisar
  9. Garam
  10. Meggi CukupRasa
  11. Kicap Manis
  12. Cuka *sedikit
  13. Minyak Masak

Cara-cara menyediaannya

  1. Basuh dan potong Sotong, kemudian toskan
  2. Sementara itu, panaskan minyak.
  3. Kemudian, tumiskan bahan yang perlu dikisar tadi.
  4. Selepas itu,  masukkan Cili Padi, Bawang Besar ,Serbuk Kunyit, Serbuk Kari serta perisakan dengan secukup garam serta Meggi CukupRasa. 
  5. Kemudian masukkan sotong, biarkan sotong sedikit empuk dan menjadi sedikit kering,  rinjiskan sedikit Kicap Manis serta gaulkan ia. 
  6. Akhir sekali, masukkan Jus Asam Jawa, Biarkan ia berkuah.
  7. Boleh dihidangkan untuk makan tengahari atau malam. 
  8. Selamat Memasak

0 Response to "Resepi Sotong Goreng Kunyit Berkuah"

Post a Comment