Resepi Rendang Pucuk Ubi

Selalu bila nak masak rendang, mesti orang ingat lauk sahaja ( Ayam, Daging, Kerang, Udang,) dengan sayur atau pucuk-pucuk daun pun boleh kita ambil untuk masak rendang. Jom cuba resepi ini. 







Bahan-bahan yang diperlukan

  • 2 ikat Pucuk Ubi *ambil yg muda,bersihkan dan ketepikan
  • RM4 - Santan Segar dan Pekat 
  • 5 ulas Bawang Kecil *dihiris
  • 2 batang Serai *dititik
  • Segenggam besar Ikan Bilis *digoreng dan dikisar kasar
  • 1 senduk Cili Api *yang telah di kisar halus bersama kunyit hidup
  • Garam *secukup rasa
  • 2 keping Asam Gelugur

Cara-cara untuk menyediakan resepi ini

  1. Sediakan Kuali
  2. Masukkan Santan pekat, Serai, Garam, Bawang, Asam Gelugur, Cili Api.
  3. Barulah buka api dapur, Kacau kesemua bahan di dalam kuali itu dengan api dapur yang sederhana. 
  4. Sentiasa kacaukan bahan-bahan di dalam kuali supaya tidak melekat , Apabila santan sudah mengeluarkan minyak dan hampir kering. Masukkan Pucuk Ubi dan Ikan Bilis yang dikisar kasar. Teruskan mengacau hingga Pucuk Ubi sedikit garing. 
  5. Sedia untuk hidang. 


0 Response to "Resepi Rendang Pucuk Ubi"

Post a Comment