Resepi Satay Homemade

Harga satay punya la mahal, Secucuk satay rata-rata dianggarkan dijual sebanyak RM 1.50 - RM3.00 secucuk,  jadi dengan keadaan ekonomi semasa ini. Jom kita menyatay sendiri, Jimat pun Jimat, yang paling penting puas hati. Jom buat sendiri, boleh makan banyak mana pun. 



Bahan -bahan yang utama 

  • 1/2 kg Isi Ayam
  • 3 sudu besar Gula
  • 1 sudu kecil Garam
  • 1 biji limau kasturi - diperah bagi bantu serapan dan daging menjadi lembut serta cepat masak
Bahan-bahan yang dikisar


  • 3 biji Bawang Besar
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Lengkuas
  • 1 cm Halia
  • 1 cm Kunyit Hidup
  • 3 batang Serai
  • Minyak Masak
  • 3 sudu besar Serbuk Ketumbar
  • 1 sudu besar Serbuk Jintan Putih
  • 1 sudu besar  Serbuk Jintan Manis
Bahan-bahan lain
  • Lidi
  • 2 Batang Serai *untuk merenjis
  • Minyak Masak *direnjis
  • Timun 
  • Bawang
  • Nasi Impit


Cara-cara untuk menyediakannya

  1. Masukkan isi Ayam/Daging dalam bekas yang besar bersama bahan yang telah dikisar untuk proses perapan. Biarkan daging / ayam diperap sekurang-kurangnya 1 jam, lagi enak jika ia diperap semalaman 
  2. Kemudian,barulah cucukkan isi Ayam/Daging tadi pada Lidi.  
  3. Bungkuskan isi Ayam/Daging dengan plastik untuk mengelakkan isi Ayam/Daging menjadi kering.
  4. Boleh lah dibakar atas dengan menggunakan set barbeku atau kuali non stik yang leper.
  5. Semasa proses membakar, perlu renjis-renjiskan satay dengan sedikit Minyak dan Serai.
  6. Bakar sehingga Isi Ayam kelihatan masak.
  7. Siap untuk dihidang bersama Nasi Impit dan Kuah Kacang serta hirisan Timun dan Bawang


Related Posts :

0 Response to "Resepi Satay Homemade "

Post a Comment