Resepi Agar-agar Lumut Pandan


Basahkan anak tekak dengan Agar agar Lumut buat sendiri. Buat semalam dan dinginkan di dalam peti sejuk. Sesuai sebagai Pembukaan Selera atau Pencuci mulut.


Bahan-bahan :

  • 25gram Agar-agar Tali 
  • 800 ml Air
  • 6 helai Daun Pandan - dibersihkan dan potong 1 inci
  • 600 ml Air
  • 1 cawan santan pekat - (guna 1 kotak kecil santan pekat M&S) 
  • #Versi ni tak guna santan tau
  • 2 biji telur
  • 2sudu teh garam
  • 11 sudu makan gula

Cara-caranya:

  1. Masukkan Agar-agar Tali bersama-sama 800 ml Air ke dalam periuk. Masak hingga agar-agar larut.
  2. Sementara itu, kisar Daun Pandan serta 600 ml Air. Tapis air pandan tadi. Perah dan buang hampas daun pandan.
  3. Bila agar-agar sudah larut, masukkan air daun pandan. Biarkan mendidih.
  4. Masukkan gula, kacau sehingga gula larut.
  5. Pecahkan telur, kacau dengan garfu atau pemukul telur hingga rata. Masukkan santan pekat dan garam. Kacau rata.
  6. Apabila Gula sudah larut, masukkan campuran santan tadi. Kacau sentiasa hingga mendidih.Tutup api.
  7. Masukkan agar-agar ke dalam acuan atau loyang. Biarkan sejuk. Masukkan dalam peti sejuk. Bila sudah beku, hidangkan.


Kredit Resepi: Wan Azreen Naser

0 Response to "Resepi Agar-agar Lumut Pandan"

Post a Comment