Resepi Bubur Pulut Hitam Yang Pekat

Hari yang istimewa untuk mereka yang istimewa, Jom masak bubur pulut hitam yang kick, lagi pekat, lagi likat lagi sedap.


Bahan-Bahan:

  • 1 1/2 cawan Pulut Hitam
  • 6 cawan Air, *untuk merebus pulut
  • 1/2 biji Kelapa (anggaran 2 cawan Santan pekat dan 2 cawan Santan cair)
  • 2 helai Daun Pandan, *carikkan dan simpul
  • 3/4 cawan Gula Putih
  • 1/2 ketul Gula Melaka
  • Garam secukup rasa
  • 1 sudu besar Tepung Jagung

Cara Penyediaan:

  1. Cara untuk masak bubur pulut hitam:
    1. Rebus pulut hitam dengan air serta masukkan daun pandan sehingga lembut. Pulut hitam akan pecah kembang apabila lembut. Biarkan pulut masak dan kuah menjadi pekat.
    2. Masukkan santan cair, garam, gula putih dan gula melaka. Masak sehingga mendidih.
    3. Kemudian masukkan pula 1 cawan santan pekat. Pada waktu ini anda boleh sesuaikan rasa manis dan masin ikut selera sendiri.
  2. Cara untuk kuah santan:
    1. Masak baki 1 cawan santan tadi di atas api yang kecil sehingga mendidih. Perlu selalu kacau supaya santan tidak berketul.
    2. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air dan tuangkan dalam santan. Kemudian masukkan garam secukup rasa.

Tips:

  • Rendam pulut hitam semalaman. Ini supaya dapat menjimatkan masa merebus. Kalau tak cukup masa, memadai rendam selama 3-4 jam, tetapi pulut perlu direbus agak lama untuk kembang dan lembut.

0 Response to "Resepi Bubur Pulut Hitam Yang Pekat"

Post a Comment