Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap Lemak Manis Pedas

Resepi apa yang best , cepat dan senang untuk Ikan Tenggiri , Jawapannya : masak kicap la. Rasa lemak manis , sedikit pedas. Pasti membuka selerakan. Jom intai resepi yang mudah ini.


Bahan bahannya

  • 1 ekor Ikan Tenggiri Segar *di potong setengah inci tebal
  • Serbuk Kunyit *untuk menggoreng ikan
  • 1 biji Bawang Holland *di hiris kasar
  • 1 / 2 inci Halia *di hiris kasar
  • 1-2 ulas Bawang Putih *di hiris kasar
  • 4- 5 biji Cili Padi *ditumbuk atau dikisar
  • 2 sudu besar Cuka Masakan
  • 3/ 4 cawan Air
  • Kicap lemak manis *mengikut citarasa anda
  • Garam dan gula untuk perasa
  • Minyak masak secukupnya

Cara caranya

  1. Bersihkan dan potong Ikan Tenggiri (taburkan serbuk kunyit)
  2. Kemudian, gorengkan Ikan Tenggiri yang garing 
  3.  Selepas itu, tumis Cili Padi, Bawang Putih dan Halia masukkan Bawang Holland yang dihiris kasar berserta ikan tenggiri yg digoreng tadi.  
  4. Masukkan kicap secukup rasa dan air masukkan garam dan gula untuk perasa 
  5. Jangan lupa renjiskan cuka masakan, gaul rata
  6. Kemudian, boleh lah diangkat dan hidangkan selamat mencuba!

0 Response to "Resepi Ikan Tenggiri Masak Kicap Lemak Manis Pedas"

Post a Comment