Resepi Pemanis Mulut Sagu Gula Melaka

Resepi pemanis mulut yang senang sangat, sesuai sangat la sesiapa yang suka masak yang ringkas-ringkas ini.




Bahan-bahan

  1. Susu Cair / Santan Cair
  2. 3 Paket Biji Sagu - jenis kecil
  3. 3 Biji Gula melaka 
  4. Sirap Rose / Pewarna 
  5. Daun Pandan 

Cara-cara untuk menyediakannya

  • Air Gula

Hancurkan Gula Melaka, Masukkan sedikit air , gula melaka yang dihancurkan ke dalam kuali untuk masak, jangan lupa masukkan Daun Pandan sekali.  Setelah mendidih, tutupkan api dan biarkan ia sejuk sekitar 10-15 minit.
TIPS : Jangan masukkan Air terlalu banyak, sekiranya Air Gula tidak pekat, tambahkan sedikit Gula Pasir.  

  • Sagu

Rendamkan seketika Biji Sagu di dalam air untuk kembang , Kemudian rebuskan Sagu itu dengan Air untuk wangi, saya syorkan anda memasukkan daun pandan. Selepas itu, masukkan 2 sudu besar Sirap Rose , kemudian biarkan ia masak sampai hilang warna putih sagu dan warna pewarna sekata pada biji sagu itu.

Cara-cara untuk finishing ke dalam bekas 

  1. Letakkan air gula merah terlebih dahulu
  2. Kemudian, cedokkan sagu kedalam bekas
  3. Jiruskan Susu Cair / Santan ke atas Sagu
  4. Sejukkan ke dalam Peti Sejuk
  5. Siap dan sangat enak dimakan ketika ia sejuk

0 Response to "Resepi Pemanis Mulut Sagu Gula Melaka"

Post a Comment