Resepi Bihun Goreng Tomyam Seafood yang Kick

Resepi express untuk menu berbuka nanti setelah seharian berpuasa, pastinya deria rasa kita amat sensitif inginkan sesuatu yang masam masin. Ini adalah idea dan menu yang paling best utk dicuba. 


Bahan-bahan 

  • 1 bungkus Bihun Kering - direndam hingga lembut
  • 300gram Sotong 
  • 200gram Udang
  • 5 Batang Jejari Ketam
  • 3 ulas Bawang Putih - diketuk
  • 5 ulas Bawang Merah - dikisar
  • 2 batang Serai - diketuk sedikit
  • 2 Perencah Tomyam (maggi/knorr)
  • Cili Api - bagi yg mahukan lebih rasa pedas
  • 1 biji Telur
  • 3 helai Daun Limau Purut - dicarik2kan
  • Sayur Kobis - di potong panjang (halus)
  • Lobak Merah - dipotong panjang (spt btg mancis)
  • 2 biji Tomato - dihiris nipis-nipis
  • 1 mangkuk air - jika ingin Bihunnya sedikit basah lebihkan sukatan air
  • Daun Ketumbar atau Daun Sup dan Daun Bawang

Cara-cara untuk menggoreng

  1. Panaskan Minyak dan tumis Bawang Putih serta Serai hingga wangi.
  2. Masukkan Sotong dan kacau.
  3. Selepas itu , masukkan Bawang Merah yang telah dikisar serta Perencah Tomyam. Goreng sehingga pecah minyak.
  4. Masukkan Udang, Jejari Ketam dan Goreng seketika. Selepas itu masukkan telur
  5. Masukkan sedikit air, Garam dan Gula secukup rasa.
  6. Tips : Untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap , masukkan dibuat stok udang dengan merebus kepala dan kulit udang yg telah dibersihkan tadi. 
  7. Goreng sehingga masak seketika, barulah masukkan sayur-sayuran (Kobis, Lobak Merah dan Tomato yang telah dipotong) 
  8. Kemudian , masukkan juga Daun Limau Purut yang telah dilurutkan.
  9. Apabila sayuran sudah agak lembut, masukkan Bihun yang direndamkan tadi dan goreng hingga ramuan sebati dan Bihun menjadi lebih lembut (Jika ingin bihun yang basah lebihkan air/stok udang)
  10. Hidangkan ke dalam pinggan dan taburkan dengan Daun Ketumbar/ Daun Sup/Daun Bawang yang telah dihiris halus.
  11. Selamat mencuba. 



0 Response to "Resepi Bihun Goreng Tomyam Seafood yang Kick "

Post a Comment