Resepi DIY : Buat Sendiri Sos Tiram

Jom kita DIY sos Tiram sendiri 



Bahan-bahannya
(Bahan-bahan termaktub pada kuantiti masing-masing)

  • Tiram : memandangkan tiram amat sukar untuk didapati tambahan pula harga agak mahal , boleh guna Sotong dan Udang  
  • Bawang Putih 
  • Cili Sos
  • Gula Merah / Perang
  • Garam Bukit
  • Tepung Ubi atau Tepung Jagung
  • Air ( Bancuhan Tepung)
  • Cuka Epal
  • Botol Kaca
Cara-cara untuk membuatnyap
  1. Rebuskan Udang atau Sotong dan diambil air rebusannya. 
  2. Kemudian, Air Rebusan itu dimasak bersama-sama Gula Merah atau Gula Perang.
  3. Masukkan Bawang Putih yang telah dicincang serta 3-5 sudu Cuka Epal. 
  4. Masukkan Garam, Sos Cili secukupnya, kacau sehingga rasanya sekata.
  5. Pekatkan dengan Air Bancuhan Tepung Ubi. 
  6. Boleh matikan api dapur dan biarkan ia sejuk seketika.
  7. Kemudian, baru la boleh dituang ke dalam Botol Kaca seperti botol sos biasa.
  8. Boleh disimpan di dalam peti sejuk (Boleh disimpan hingga 3 minggu)




0 Response to "Resepi DIY : Buat Sendiri Sos Tiram "

Post a Comment