Bahan Utama
- 200gram Kelapa Parut Segar
Cara-cara untuk menyediakannya
- Masak kelapa parut menggunakan kuali tidak berminyak atau kuali tidak melekat pada api sederhana hingga tinggi.
- Kacau kelapa parut secara berterusan dengan sudip kayu atau logam sehingga kelapa parut bertukar warna menjadi perang keemasan.
- Jangan lupa mengikis sisi kuali untuk memastikan kelapa parut tidak melekat dan bakar dengan tidak sekata. Ia akan mengambil kira-kira 10 minit untuk kelapa parut masak secukupnya.
- Masukkan kelapa parut yang sudah dimasak kedalam mangkuk yang cukup besar.
- Ketika kelapa masih panas, masukkan secukupnya ke dalam lesung batu agar ia memudah untuk ditumbuk.
- Tumbuk atau giling kelapa parut bakar dengan alu sehingga minyaknya mula keluar.
- Step ini, anda perlu melakukan sedikit demi sedikit kerana lesung anda tidak boleh memuatkan semua kelapa bakar sekaligus. Bila siap ia akan menjadi pes yang pekat, berminyak dan sedikit kasar.
- Tips Jangka masa penggunaan: Anda boleh gunakan kerisik dengan serta-merta atau biar ia sejuk sepenuhnya dan simpan di dalam peti sejuk didalam bekas kedap udara sehingga dua minggu. Lebih lama disimpan , lebih segar kerisik, lebih sedap rasanya.
- Tips/Petua tambahan :Jangan biar kelapa parut yang sudah dibakar sejuk dahulu sebelum ditumbuk kerana ia akan mengakibatkan minyak keluar dengan lebih sukar. Jika anda berasa malas untuk menumbuk, anda boleh menggunakan pengisar makanan. Kisarkan kelapa sehingga ia menjadi pes yang berminyak dengan tekstur berpasir.
- Selamat Mencuba dan berjimat.
0 Response to "Resepi DIY : Buat Sendiri Kerisik"
Post a Comment