Resepi Ikan Goreng Berkuah Cuka yang Ringkas

Resepi Ikan Goreng masak cuka , dimakan bersama nasi putih yang panas memang layan ni. berketul ikan kita makan, Khasiat Ikan lebih baik daripada Ayam dan Daging. Sumber protien yang lebih banyak berbanding dengan Ayam. Jom kita masak resepi ini. 



Bahan-Bahan :

  • 2-3 ketul Isi Ikan Tenggiri atau Ikan Merah
  • Serbuk Kunyit - secukupnya
  • 10 ulas Bawang Merah - hiris halus halus
  • 5 ulas Bawang Putih - hiris halus halus
  • 6 biji Cili Padi
  • 1 sudu kecil Biji Sawi 
  • 1 1/2 Inci Halia 
  • 2 sudu besar Cuka makan
  • Garam & gula - secukup rasa
  • Minyak Masak - untuk menumis

Cara-cara untuk menyediakannya

  1. Pertama, gaulkan Ikan bersama Serbuk Kunyit dan Garam 
  2. Kemudian goreng separa garing, dan toskan 
  3. Selepas itu, di periuk yang lain, tuangkan minyak untuk menumis Biji Sawi, Bawang Merah, Bawang Putih dan Halia.
  4. Setelah naik bau wangi, masukkan sedikit air. Kemudian masukkan Ikan yang digoreng separa garing tadi. 
  5. Masukkan Cuka, Garam dan Gula secukup rasa
  6. Jangan lupa masukkan Cili Padi - terpulang pada tahap kepedasan masing-masing
  7. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika dan bolehlah padamkan api dapur

0 Response to "Resepi Ikan Goreng Berkuah Cuka yang Ringkas"

Post a Comment