Resepi Ayam Buttermilk yang Menggiurkan

Resepi butterchicken berkuah yang amat senang untuk disediakan, sesuai untuk mereka yang sentiasa kesuntukan masa dan struggle untuk menyediakan makanan untuk seisi keluarga.



Bahan Utama
  1. 2 ketul besar Ayam - bahagian dada
  2. 1/2 tin Susu Cair
  3. 3 ulas Bawang Putih- dihiris halus
  4. 1/2 biji Bawang Holland- dipotong dadu
  5. 4 sudu besar Mentega
  6. 2 tangkai Daun Kari
  7. 4 biji Cili Padi
Bahan untuk Salutan Ayam
  1. 2-3 sudu besar Tepung Gandum
  2. 1 sudu besar Serbuk Kari
  3. 1 biji Telur
  4. Garam & Gula- secukupnya
  5. Air - secukupnya
Cara-cara untuk menyediakannya
  • Potong dadu Isi Ayam kemudian bersihkan dan toskan airnya.
  • Masukkan Telur dan Garam ke atas ayam dan gaulkan sebati.
  • Masukkan Tepung Gandum, Serbuk kari dan sedikit air. Kacau supaya tepung pekat dan menyaluti ayam. Perap selama 30 minit atau lebih.
  • Goreng ayam di dalam minyak panas sehingga garing. 
  • Angkat dan ketepikan.
  • Dalam kuali yang baru, panaskan Butter sehingga cair dan tumis Bawang Putih, Cili dan Daun Kari sehingga naik bau.
  • Masukkan Susu Cair dan Bawang Besar. Kemudian masukkan ayam yang digoreng tadi.
  • Masak sehingga kuah kering dan sedikit pekat. Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.
  • Selamat mencuba

0 Response to "Resepi Ayam Buttermilk yang Menggiurkan"

Post a Comment