Mari membakar Lemang Sendiri

Nak makan lemang tidak semestinya tunggu waktu hari raya sahaja, bila-bila pun boleh makan. bila berkelah, bercamping, ada aktiviti outdoor bersama keluarga atau rakan-rakan. amatlah sesuai untuk kita membakar lemang bersama-sama. Jom kita tengok cara-cara membuat dan membakar lemang.



Bahan-bahan :

  • 1 kg Beras Pulut
  • Santan Pekat - dari 3 biji kelapa
  • Daun Pisang
  • 2 3 Batang Buluh - size sederhana besar
  • Garam secukup rasa.

Cara Menyediakannya :

  1. Basuh Beras Pulut beberapa kali sehingga bersih dan toskan airnya.
  2. Gulung Daun Pisang dan masukkan ke dalam buluh mengikut bulatan buluh.
  3. Kemudian masukkan Beras Pulut yang telah ditoskan ke dalam gulungan Daun Pisang didalam buluh tersebut dan tinggalkan ruang satu atau dua inci. Jangan terlalu penuh.
  4. Masukkan sedikit garam secukup rasa ke dalam santan dan tuangkan ke dalam buluh.
  5. Bakar dengan menggunakan api yang sederhana besar. Setiap 15 minit hendaklah dibalik-balikkan agar masaknya sama rata.
  6. Masak sehingga tiga hingga empat jam sebelum diangkat.
  7. Lemang boleh dimakan pada bila-bila masa.

0 Response to "Mari membakar Lemang Sendiri "

Post a Comment