Resepi Telur Itik Masak Lemak Belimbing Buluh

kalau dapat makan masak lemak Telur Itik memang tidak toleh kiri kanan , hehe.. Jom kita masak




Bahan bahan:

  • 5 biji Telur Itik
  • 1 batang Serai - titik
  • 1 helai Daun Kunyit - hiris/siat
  • 10 biji Belimbing Buluh
  • Santan Pekat
  • Santan Cair
  • Garam

Bahan-bahan B : untuk dikisar:

  • 4 ulas Bawang Merah
  • 1 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Kunyit Hidup
  • 3 tangkai Cili Padi
  • 1 tangkai Cili Merah

Cara cara untuk memasak: 

  1. Kisar bahan-bahan B bersama Santan Cair. Masakkan bahan yang telah dikisar, masukkan serai dan biarkan ia mendidih. Gunakan api yang kecil.  
  2. Sementara itu, pecahkan Telur Itik ke dalam mangkuk.  Apabila sudah mendidih, masukkan telur satu demi satu, masukkan beberapa titik cuka agar telur itik tidak mudah pecah.  
  3. Kacau perlahan sehingga telur mula menggeras. Tuangkan Santan Pekat serta masukkan Belimbing Buluh, Daun Kunyit dan Garam secukup rasa. Teruskan menggacau supaya pati santan pekat tadi tidak pecah minyak. 
  4. Biarkan ia mendidih seketika tetapi jangan terlalu lama supaya Belimbing kekal rangup. 
  5. Sudah Siap dan boleh padamkan api dapur.
  6. Selamat Mencuba. 

0 Response to "Resepi Telur Itik Masak Lemak Belimbing Buluh"

Post a Comment