Resepi Kari Ikan Senangin

Hari ini kita belajar, cara-cara untuk memasak Kari Ikan, pada mereka newbie-newbie ke dapur, sudah pandai masak yang goreng2 . Hari ini kita belajar masak kari pula. check it out !


Bahan-bahannya adalah
  • 1 ekor Ikan Senangin * saiz sederhana  disiang dan potong
  • 1 kg Santan Pekat
  • 2 biji Tomato  *belah empat( wedges)
  • 1 sudu besar Cili Kering *sudah dikisar
  • 1 tangkai Cili merah  *dibelah dua
  • 1 tangkai Cili Hijau  *dibelah dua
  • 3 sudu besar Rempah Kari Ikan +1 cawan air *dibancuh hingga sebati
  • 1/2 cawan Jus Asam Jawa
  • Air secukupnya
  • Sedikit garam dan gula secukupnya
Bahan Menumis: 

  • 4 biji Bawang Merah - dihiris / ditumbuk halus
  • 2 ulas Bawang Putih - dihiris / ditumbuk
  • 1 inci Halia - dihiris / ditumbuk
  • 2 pelepah Daun Kari - dilurut
  • 1 sudu kecil Halba Campur
Cara-cara menyediakannya :



  1. Panaskan Minyak dalam periuk, Masuk Bahan Tumis dan tumis hingga harum dan bawang layu. 
  2. Tambah Cili Kering yang dikisar dan tumis hingga cili menjadi garing. Masukkan bancuhan Rempah Kari Ikan, dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Tuang air secukupnya, kacau rata dan biar mendidih. 
  4. Selepas itu, Masukkan Ikan dan Jus Asam Jawa, kacau perlahan. Tambah garam secukup rasa dan sedikit gula. 
  5. Tips : Ikan yang telah dibersihkan diperap dengan garam dan jus limau kasturi selama 10 minit,untuk hilangkan bau hanyir.
  6. Akhir sekali masukkan Santan, Tomato, Cili merah, Cili hijau dan kacau perlahan. Biar masak sekejap. Tutup api dan angkat.
  7. Siap dan bolehlah dihidangkan



0 Response to "Resepi Kari Ikan Senangin"

Post a Comment