Resepi Ketam Goreng Pedas Kam Heong


Pagi Ahad ni, memang sesuai untuk para-para ibu, isteri untuk memasak yang lebih istimewa daripada hari biasa. Pada mereka yang sudah ada ketam di dalam peti sejuk . Apakata kita goreng ketam ala Kam Heong ini. Sedap tau.



Bahan-bahan

  • 1 kilogram - Ketam
  • Minyak Masak
  • Bawang Putih - dikisar
  • Bawang Merah - dikisar
  • 1 sudu kecil - Serbuk Kunyit
  • 2 sudu kecil - Serbuk Kari
  • Segenggam Udang kering - direndam seketika dan dikisar
  • 2 sudu kecil - Sos Tiram
  • 2 sudu kecil - Kicap cair
  • 2 sudu kecil - Kcap pekat
  • Garam
  • Gula
  • 10-15 tangkai - Cili Api - dikisar *terpulang pada tahap kepedasan anda
  • 10 Tangkai Cili Kering - dikisar 
  • 3 tangkai - Daun Kari

Cara-cara untuk menyediakannya 

  1. Ketam - dibersihkan dan digaul Garam dan Kunyit - digorengkan
  2. Tumis bahan-bahan yang perlu dikisar sehingga kekuningan dan berbau wangi
  3. Masukkan Daun Kari, Serbuk Kari
  4. Masukkan Sos Tiram, Kicap pekat/cair dan Lada Hitam , gaulkan kesemuanya sebati
  5. Kemudian, masukkan Ketam dan kacau rata sehingga segenap ketam 
  6. Tambahkan garam dan gula secukup rasa 
  7. Tambahkan sedikit air jika ia terlalu kering
  8. Sudah Siap sedia untuk dihidangkan



0 Response to "Resepi Ketam Goreng Pedas Kam Heong "

Post a Comment