Resepi Peha Ayam Tandoori



Bahan-bahannya

  • 5 Peha Ayam - dibersihkan 
  • 2 ulas Bawang Putih - ditumbuk halus *
  • 1 inci Halia - ditumbuk halus *
  • 1 sudu kecil Serbuk Bunga Cengkih *
  • 1/2 cawan Yogurt asli *
  • 1 1/2 sudu Serbuk Cili *
  • 2 sudu kecil Garam Masala *
  • 2 sudu Serbuk Kunyit *
  • 2 sudu kecil Serbuk Lada Hitam *
  • 2 sudu kecil Rempah Briyani Masala* 
  • 1/2 sudu pewarna masakan merah *
  • Garam dan Gula -secukup rasa *
  • Minyak Zaitun 
  • Jus Lemon 
  • Daun Ketumbar

Cara-cara menyediaannya

  1. Satukan ke dalam mangkuk besar semua bahan bertanda * :  Bawang putih, Halia, Serbuk Bunga Cengkih,Serbuk Cili, Garam Masala, Serbuk Kunyit, lada Hitam, Serbuk Rempah Briyani Masala dan Yogurt. Gaulkan kesemua sehingga sebati.
  2. Masukkan Peha Ayam dan gaulkan bahan-bahan perapan diatas sehingga rata. 
  3. Kemudian perapkan Peha Ayam lebih kurang 6jam sebelum nak masak paling cepat 30minit - 1 Jam - Tips : lebih lama lebih bagus agar bahan-bahan perap dapat meresap pada peha ayam.   
  4. Panaskan oven sementara itu, pada suhu 180 C - 200 C
  5. Setelah diperap, Peha ayam sedia dibakar / dipanggang sebelum itu renjiskan sedikit minyak zaitun di atas Peha Ayam
  6. Bakar di dalam oven dalam suhu 140 C - 160 C  selama 25minit hingga 30 minit. 
  7. Atau boleh memakai kuali grill pemanggang sahaja. 
  8. Jangan lupa renjiskan jus perahan lemon dan letakan daun ketumbar ke atas peha ayam
  9. Siap untuk dihidangkan bersama Nasi Arab, Nasi Briyani, Capati dan sebagainya



0 Response to "Resepi Peha Ayam Tandoori "

Post a Comment