Resepi Kuih Getuk yang Montel


Resepi Kuih Getuk yang enak dimakan pada waktu minum petang, ada diantara kita yang gemar ia diadun manis dan ada nya gemarkan iannya masin, dicincang sambal hitam. Ini la resepi membuat kuih getuk. 


Bahan-bahan
  • 1-2 biji Ubi Kayu - direbus dan dilenyek hancur
  • 1/2 biji Kelapa Parut
  • 1 cawn Tepung Gandum
  • 3 sudu besar Gula Pasir
  • Garam secukupnya
  • Air secukupnya
  • Minyak masak - untuk menggoreng
Cara-cara penyediaanya
  1. Campurkan Ubi yang telah dilenyek bersama Kelapa Parut, Gula dan sedikit garam,
  2. Gaulkan sehingga sebati
  3. Gumpal-gumpal sehingga menjadi bulat seperti berbola - saiz ikut citarasa anda dan ketepikan
  4. Sementara itu, mari kita sediakan bahan bancuhan tepung. Campurkan Tepung Gandum, Garam, dan air, gaulkan sehingga sebati dan likat.
  5. Celupkan berbola ubi tadi ke dalam bancuhan tepung dan gorengkan sehingga kekuning keemasan
  6. Tips : Gunakan Api yang sederhana
  7. Toskan dan siap untuk dijamu, enak sekali dimakan semasa minum petang. 
  8. Selamat Mencuba


0 Response to "Resepi Kuih Getuk yang Montel"

Post a Comment