Mari Membakar Lemang Pulut Hitam

Resepi nak masak lemang pulut hitam, senang aje. 


Jenis-Jenis Lemang

  1. Lemang boleh didapati dalam pelbagai jenis, yang pertama sekali ialah lemang yang biasa kita makan iaitu lemang yang menggunakan beras pulut biasa yang berwarna putih dan menggunakan bahan-bahan mentah asas tanpa bahan tambahan.
  2. Kedua ialah lemang pulut hitam. Lemang pulut hitam mempunyai resepi yang sama dengan lemang biasa, cuma perbezaannya ialah jenis beras pulut yang digunakan ialah beras pulut hitam. Apabila dimasak, warna lemang akan menjadi hitam tetapi rasanya tidak lah begitu ketara dengan rasa lemang yang biasa.
  3. Jenis lemang ketiga ialah lemang jagung. Lemang jagung menggunakan bahan yang sama seperti lemang biasa, cuma perbezaannya ialah tambahan jagung yang menambahkan rasa manis di dalam lemang. Warna dan tekstur lemang juga akan kelihatan sedikit berbeza kerana beras pulut dicampur dengan jagung. Selain jagung, anda juga boleh menggantikan jagung dengan bahan lain mengikut kesukaan anda, contohnya seperti durian atau nanas.
Sumber: Chef Eksekutif Salim Bahari, Allson Klana Resort (Seremban)

Bahan-bahannya

  1. 400 gram santan
  2. 300 gram beras pulut
  3. 150 gram pulut hitam

Cara-caranya

  1. Rendam beras pulut selama 6 jam dan pulut hitam selama 4 jam. 
  2. Kemudian toskan kedua-duanya. 
  3. Untuk memasak menggunakan batang buluh lemang masukkan daun pisang muda kedalamnya dengan menggunakan pelepah pisang yang telah diraut daunnya. 
  4. Perlahan-lahan isikan santan yang dicampur bersama pulut hingga penuh dan sumbatkan diatasnya dengan hampas kelapa yang dibalut dengan daun pisang muda. 
  5. Jika hendak menggunakan ketuhar, masak beras bersama santan sehingga kering. 
  6. Kemudian gulungkan dengan daun pisang dan kertas aluminium dan kukus selama 2 jam.

0 Response to "Mari Membakar Lemang Pulut Hitam"

Post a Comment