Resepi Gulai Dalca Ayam


Bahan-bahan yang diperlukan

  • 1 cawan Kacang Dhal
  • Isi Ayam , Leher , Tengkuk , Ayam
  • Santan Pekat - dari sebiji kelapa
  • 1 pek Serbuk Kari Daging - peket yang kecil
  • Daun Kari
  • 4 Serangkai - Halba, Buah Pelaga, Kulit Kayu Manis, & Bunga Lawang
  • Ubi Kentang
  • 1 biji Lobak Merah
  • 2 Biji Terung - dipotong
  • Kacang Panjang - sedikit
  • Asam Keping
  • Garam & Gula  & Meggi Cukuprasa
  • Bawang Merah - dihiris 
  • Bawang Putih - dihiris

Bahan-bahan yang perlu dikisar

  • 5 ulas Bawang Putih - dikisar
  • 1 ulas Bawang Besar - dikisar
  • 2 ulas Bawang Merah - dikisar
  • 1inci Halia - dikisar
  • 3-4 Tangkai Cili Kering - dikisar

Cara-cara untuk menyediakannya

  1. Cuci bersih dan rebus Kacang Dhal dengan secubit Garam , lebih kurang 20 minit .  Apabila Kacang Dhal menjadi lembut boleh lah padamkan Api dapur. 
  2. Panaskan minyak masak, tumiskan buah Pelaga, Kulit Kayu Manis dan Bunga Lawang bersama Daun Kari sehingga naik bau wangi. 
  3. Seterusnya masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi dan masukkan Serbuk kari ( bancuh dengan air terlebih dahulu) dan kacau sehingga pecah minyak. 
  4. Kemudian masukkan Santan dan kacau perlahan-lahan dengan api sederhana
  5. Masukkan Asam Keping, Kacang Dhal, Isi, Tengkuk, Leher Ayam.  Seterusnya Masukkan Ubi Kentang dan Lobak Merah.  Selepas 10 minit, masukkan Terung pula.  
  6. Tambahkan sedikit air , masukkan Kacang Panjang dan perasakan dengan Gula, Garam serta Meggi CukupRasa secukup rasa anda. 
  7. Kacau dan biar ia mendidih beberapa saat lagi, kemudian boleh padamkan api dapur.
  8. Di kuali yang lain, tumiskan sehingga wangi hirisan Bawang Merah dan Bawang Putih. Kemudian tuangkan terus ke dalam Kuah Dalca. 
  9. Dah Siap dan sedia untuk dihidang.

0 Response to "Resepi Gulai Dalca Ayam"

Post a Comment