Resepi Kuih Buah Rotan yang Rangup dan Hipster

Jom kita buat sendiri, kuih buah rotan ni.. ngap ngap tidak sedar sudah habiskan.. 





Boleh juga guna Tepung yang sudah lengkap 


Bahan-bahan yang diperlukan

  • 500gram Tepung Pulut
  • 500gram Santan Kelapa
  • 2 biji Telur Ayam
  • 4 sudu besar Gula Pasir
  • Bijan Secukupnya
  • Sedikit Garam
  • Minyak Untuk Menggoreng
  • Pewarna makanan - jika mahu buat yang hipster

Cara-cara untuk menyediakannya

  1. Mula-mula, Masak Santan dengan api sederhana dan disejukkan
  2. Sementara itu, masukkan Tepung Pulut ke dalam bekas
  3. Masukkan Gula, Telur dan Garam ke dalam Tepung Pulut
  4. Gaul sehingga sebati
  5. Masukkan Santan sedikit demi sedikit
  6. Uli sebatian hingga menjadi doh
  7. Ambil secubit doh dan uli menjadi bulat-bulat kecil atau menggunakan mesin
  8. Sadurkan ulian kecil-kecil tadi dengan biji bijan
  9. Kemudian, gorengkan sehingga menjadi kekuningan keemasan  dan siap dimakan
  10. Tos dan sejukkan
  11. Boleh la simpan kedalam bekas kedap udara. 

0 Response to "Resepi Kuih Buah Rotan yang Rangup dan Hipster"

Post a Comment