Resepi Ayam Kicap Berlada Hitam

Resepi semudah ABC , untuk tatapan para newbie yang baru nak belajar masak. Senang sahaja resepi ini.

Bahan-bahan yang diperlukan 
  • 1/2 ekor Ayam (dipotong ikut suka dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 biji Bawang Besar (dihiris bulat dan digoreng)
  • 1 sudu kecil Biji lada hitam (ditumbuk)
  • 1 sudu besar Cili Kisar/Cili Giling
  • 1 sudu besar Kicap Pekat
  • 1/2 sudu besar Sos Tiram
  • sedikit Kicap Manis
  • sedikit hirisan Daun Sup
  • sedikit Madu/Gula dan Garam
  • sedikit Jus Asam Jawa
  • Rempah 4 sekawan (kayu manis, cengkih, bunga lawang dan buah pelaga)
Bahan-bahan untuk dikisar 
  • 5 biji Bawang Merah
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Halia
  • 1 batang Serai
Cara-cara untuk memasak
  1. Gaul-gaulkan ayam yang sudah digoreng tadi bersama lada hitam dan kicap pekat. Perapkan sebentar selama 1/2 jam.
  2. Sediakan minyak masak untuk menumis. Tumis rempah 4 sekawan dan bahan- bahan yang dikisar hingga wangi. Kemudian masukkan cili giling. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  3. Masukkan sos tiram dan kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan ayam. Gaulkan rata-rata.
  5. Masukkan air secukupnya. Kacau dan biarkan ia mendidih seketika.
  6. Masukkan pula kicap manis, garam, gula/madu dan air asam jawa. 
  7. Akhir sekali dimasukkan daun sup. Setelah kuahnya kelihatan pekat, tutupkan api. Masukkan bawang goreng tadi dan gaul-gaulkan.
  8. Hidangkan panas-panas bersama nasi putih, nasi beriani, nasi serai, nasi tomato dan sebagainya. Sedap!



0 Response to "Resepi Ayam Kicap Berlada Hitam"

Post a Comment