Resepi Biskut Raya : Biskut Buah Kana yang Ranggup


Biskut buah kana, memang popular pada era 1990an . Jom kita cuba mengembalikan nostagia Biskut ini.  






Bahan-bahan yang diperlukan
  • 1 1/4 cawan Tepung Gandum
  • 1/2 cawan Tepung Kastard
  • 1/2 cawang Tepung Jagung
  • 1/2 cawan Marjerin / Mentega
  • 1/2 sudu kecil Serbuk Penaik / baking powder
  • 1 biji Telur
  • 1 sudu kecil Esen Vanilla 
  • 1/2 cawan Gula Kastor (dikisar halus) - jika menggunakan gula aising, lebihkan sedikit sukatannya.
  • Nutella atau Jem secukupnya - terpulang kepada individu nak perisa apa
Cara-cara untuk menyediakannya

  1. Pertama, Satukan dan ayakkan bersama Tepung Gandum, Tepung Jagung, Tepung Kastard dan Serbuk Penaik. 
  2. Gunakan Mixer, pukul Gula, Mentega dan Telur hingga sebati, serta Masukkan Vanila dan Perwarna jika mahu, kacau rata.
  3. Masukkan Campuran Tepung yang telah diayak tadi, sedikit demi sedikit. Uli perlahan menjadi doh. Simpan di dalam bekas kedap udara sementara membentuknya.
  4. Untuk membentuk, ambil sedikit dan tekan ke dalam acuan buah kana. 
  5. Ketukkan acuan dan susunkan biskut ke dalam dulang pembakar yang sudah disapukan dengan Mentega/Marjerin.
  6. Bakar pada 180 C selama 20-25 min atau hingga masak.
  7. Sapukan Nuttela atau jem yg digemari pada biskut dan tutup serta tangkupkan biskut dengan kemas
  8. Tips : Sapu jem Nuttela semasa biskut tengah panas supaya ia cepat kering dan melekat dgn sempurna.

0 Response to "Resepi Biskut Raya : Biskut Buah Kana yang Ranggup"

Post a Comment