Resepi Biskut Raya : Semperit Coffee





Bahan-bahan :
  • 240 gram Mentega Bergaram
  • 80 gram Gula Aising
  • 1 sudu kecil Esen Vanila
  • 4 sudu kecil Serbuk Pes Kopi/ Emulco
  • 220 gram Tepung Protein Rendah
  • 80 grm Tepung Jagung
  • 25 gram Serbuk Badam
  • 70 gram Cincangan Badam atau Ceri
  • 70 gram Cip Coklat
Cara Penyediaan:

  1. Pukul SCS Mentega Bergaram dan Gula Aising sehingga kembang. Masukkan Esen Vanila dan Pes Kopi/emulco.
  2. Kemudian, masukkan Tepung Gandum, Tepung Jagung dan Serbuk Badam. Campur sehingga sebati.
  3. Masukkan doh semperit ke dalam "piping bag" yang telah dipasang muncung berbentuk bintang.
  4. Paipkan bentuk bunga atau bentuk kegemaran anda ke atas loyang. 
  5. Hias dengan cincangan Badam dan cip coklat atau Ceri.
  6. Bakar pada suhu 180°C selama 18 minit atau sehingga masak.

0 Response to "Resepi Biskut Raya : Semperit Coffee"

Post a Comment