Resepi Ikan Bawal Sweet Sour

Resepi Ikan Bawal Goreng berkuah masam manis, memang mengancam selera makan kita. resepi ini boleh juga digunakan untuk bahan -bahan seafood yang lain. Selamat Mencuba


Bahan-bahannya

  • 2 ekor Ikan Bawal - size sederhana  
  • 2 biji Cili Capsicum  - merah dan kuning
  • 2 biji Bawang Merah 
  • 2 ulas Bawang Putih 
  • 1 biji Bawang Besar 
  • 2 cm Halia 
  • 1 biji Tomato 
  • 1 tin Kiub Nenas 

Bahan untuk membuat sos

  • Air dari tib Kiub Nenas - secukupnya 
  • 5 sudu besar Sos Cili
  • 5 sudu besar Sos Tomato 
  • 3 sudu besar Sos Tiram 
  • Gula - secukup rasa 
  • Garam - secukup rasa 
  • Jus limau nipis - secukupnya

Cara-cara untuk menyediakannya

  1. Bersihkan Ikan bawal, kemudian gaulkan dengan Garam dan Serbuk Kunyit .
  2. Selepas itu, goreng garing Ikan Bawal dan angkat serta toskan, pastikan anda menggunakan api yang sederhana
  3. Di kuali yang lain, panaskan minyak dan terus tumis Bawang Merah dan Bawang Putih serta Halia sehingga kekuningan dan naik bau harum. 
  4. Masukkan Bawang Besar , gaulkan sehingga bawang menjadi layu
  5. Masukkan Buah Tomato , Sos Cili, Sos Tomato, Sos Tiram , Kiub Nenas serta Air dari Kiub Nenas, dan Cili Capsicum gaulkan kesemuanya. 
  6. Perisakan dengan Garam dan Gula secukup rasa.  
  7. Masukkan Jus Perahan dari Limau Nipis atau Lemon. 
  8. Tips : jika gemarkan agak berkuah tambah sedikit lagi air dan jika kuah agak cair boleh masukkan bancuhan 1 sudu tepung jagung dicampur dengan sedikit air ke dalam kuah/sos ni untuk memekatkan.
  9. Apabila kuah sos sudah masak,  boleh lah di tuang ke atas ikan bawal yg sudah digoreng tadi . 
  10. Jangan lupa taburkan Daun Sup/Bawang/ Daun Ketumbar serta bawang goreng ke atas ikan bawal ni
  11. Hidangan Ikan Bawal Masam Manis ni sedap dimakan ketika ia baru masak dan panas-panas.
  12. Selamat Mencuba.  

0 Response to "Resepi Ikan Bawal Sweet Sour"

Post a Comment