Resepi Biskut Raya : Biskut Kelapa Warisan


Resepi tradisi turun temurun,  biskut kelapa.  Memang terkenal dahulu kala, sebelum terbitnya resepi biskut yang moden-moden ni. Selamat Mencuba.  


Bahan-bahan:
  • 200gram Tepung Jagung
  • 150gram Tepung Gandum
  • 1/2 sudu kecil Baking Powder - digaul rata bersama tepung jagung dan gandum kemudian ayak
  • 1 cawan Kelapa Kering - digoreng tanpa minyak hingga perang dan kisar halus
  • 1 biji Kuning Telur - Gred A
  • 80gram Gula Aising
  • 1 sudu kecil Esen Vanilla
  • 250 gram Mentega secukupnya
  • Ceri merah - dipotong kecil untuk hiasan
  • Kelapa kering secukupnya - untuk menyalut biskut
  • Pewarna - Mengikut citarasa masing-masing
Cara-cara untuk membuatnya
  1. Putar Kuning Telur, Esen Vanilla dan Gula Aising hingga berkrim.
  2. Sementara itu, gaul rata Tepung yang telah diayak dengan Kelapa Kering yang dikisar halus tadi.
  3. Perlahankan kelajuan dan masukkan Tepung dan Kelapa kering kisar sedikit demi sedikit hingga habis, putar rata adunan seakan serbuk roti.
  4. Masukkan Mentega sedikit demi sedikit, sambil diadun hingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekat di mangkuk adunan.
  5. Matikan mesin, bulatkan doh dan tutup dengan tuala dapur bersih yang telah dilembapkan.
  6. Sediakan dulang pembakar. Cedok 1 sudu kecil adunan doh, bulatkan dan hias dengan ceri yang telah dipotong kecil. Kemudian golekkan dengan kelapa kering. Susun dalam dulang pembakar. Buat hingga siap.
  7. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170'C, selama 25 minit atau hingga masak, pusingkan dulang pembakar selepas 10 minit biskut di dalam oven.
  8. Sejukkan biskut atas jaringan dan simpan dalam bekas kedap udara.
  9. Kan senang. 

0 Response to "Resepi Biskut Raya : Biskut Kelapa Warisan"

Post a Comment