Resepi Kuih Tiram Tiara Warna Warni

Kerepek yang rangup, rapuh dan manis.  Itulah dia kerepek tiram. Ada juga diantara kita memanggilnya Kuih Lidah Jin atau Lidah Kucing.  Biasanya berwarna senada. Iaitu berwarna asal.  Untuk hipster sikit, kita gabungkan adunan asal dengan adunan berwarna.  Lebih cantik dan menarik warnanya. Lebih meriah.  Membuatkan tertarik unutk terus menikmatinya.  Boleh juga dibuat kudapan ketika bersantai dihari raya.





Bahan bahan untuk membuat doh
  • 2 cawan Tepung Gandum
  • 3 sudu besar Minyak Masak 
  • 2 sudu besar Minyak Sapi
  • 1 sudu keci Garam
  • Air secukupnya
  • 2-3 Pewarna Masakan yang berbeza
  • Gula Halus
  • Berus halus - sapuan
Cara-cara untuk membuat adunan doh
  1. Masukkan kesemua bahan diatas,
  2. Uli hingga jadi doh.  Lebih keras sikit dari doh karipap.
  3. Agihkan kepada warna kesukaan anda dan ulikan.
Bahan untuk sapuan doh - dibancuh bersama-sama


  • 1/2 cawan Minyak Masak
  • 1/2 cawan Tepung Ubi 
Cara-cara untuk membuat Kuih Tiram





  1. Canai nipis doh. Sapukan doh sapuan.  Gulungkan.
  2. Potong sepanjang 1 cm.  Gabungkan 2 warna aduanan dan canaikan lagi.
  3. Sapukan lagi adunan doh sapu. Gulungkan lagi.
  4. Potongkan lagi sepanjang 1 cm.  Canaikan sekali lagi setiap hirisan.
  5. Goreng dengan api sederhana. Angkat bila sudah garing.  
  6. Toskan minyak dan biarkan sejuk sedikit.
  7. Taburkan dengan gula halus. 
  8.  Masukkan kedalam bekas kedap udara.

0 Response to "Resepi Kuih Tiram Tiara Warna Warni"

Post a Comment