Resepi Raya : Biskut Tart Blueberry

Biskut tart yang sama, cuma warna dan perisa yang berbeza. Kita pakai jem blueberry gitu..warna nak hipster sikit. hehe.. 




Bahan-bahannya
  • 250 gram Butter
  • 2 sudu besar Gula Kastor
  • 2 sudu besar Minyak Sapi
  • 1 bj kuning Telur
  • 1 sudu besar Tepung Kastard
  • 1/2 cawan Tepung Jagung
  • secubit Garam
  • 3 1/4 cawan  Tepung Gandum
  • Jem Blueberry secukupnya
  • 1 sudu kecil perisa/esen blueberry
  • pewarna Ungu (lebih kurang 1 sudu kecil)
  • ** bila ditambah esen dan pewarna ni, adunan jadi lembik sedikit jadi jika perlu tambahkan tepung ya..lebih kurang 1/4 - 1/3 cawan Tepung Gandum
Bahan untuk hiasan
  • 1 biji kuning telur
  • 1 titik pewarna kuning
  • 1 sudu air
  • Bancuh ketiga2 bahan ni hingga sebati.
Cara-cara untuk membuatnya
  1. Ayak ke Tiga2 Tepung.
  2. Pukul Butter dengan Gula sehingga menjadi putih dan creamy.
  3. Masukkan Minyak Sapi, Kuning Telur, Garam, Esen Blueberry dan Pewarna Ungu.
  4. Pukul lagi sehingga sebati.
  5. Masukkan Tepung sedikit demi sedikit dan gaul sebati hingga menjadi doh.
  6. Perap sebentar , supaya doh menjadi mesra.
  7. Selepas itu, boleh mula masukkan doh kedalam acuan kuih tart, letak Jem yg digentel bujur, gulungkan, buang lebihan doh, kemaskan bahagian bawah tart, letak atas tray pembakar dan sapu kuning telur )
  8. Buat hingga adunan habis dan bakar la hingga masak dgn suhu 175 - 180C.
  9. Angkat dan sejukkan atas rack dulu sebelum disimpan dlm bekas kedap udara.
  10. Selamat mencuba

0 Response to "Resepi Raya : Biskut Tart Blueberry"

Post a Comment