Resepi Ubi Kentang Goreng Kering Bercili


Ubi Kentang Goreng Garing berlado, memang glamor pada setiap kali bulan puasa, jom kita mula buat stok untuk juadah berbuka dan bersahur. jika tidak sempat, boleh jadikan lauk kan..lagipun memang menyelerakan.    




Bahan-bahan yang diperlukan
  •  4 biji Ubi Kentang - size besar
  • 10 tangkai Cili Kering - boleh tambah mengikut tahap kepedasan masing-masing 
  • 8 ulas Bawang Putih
  • 1 sudu besar Udang Kering - direndam air panas, bila dah kembang toskan airnya
  • 1 batang Serai
  • 5 helai Daun Limau Purut - dihiris halus
  • 4 sudu besar Gula Pasir
  • Garam

Cara-cara untuk menyediakannya 

  1. Sagat / hiris halus Ubi Kentang, kemudian rendamkan Ubi Kentang dengan air garam seketika.  
  2. Toskan sehingga betul-betul kering.
  3. Selepas itu, panaskan Minyak Masak ke dalam kuali. Apabila minyak betul-betul panas, barulah digorengkan Ubi Kentang hingga garing dan keperangan. Angkat dan toskan. 
  4. Sementara itu, Kisarkan Cili Kering, Bawang Putih, Udang Kering dan Serai serta sedikit Minyak masak.  Kemudian, tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau. 
  5. Perisakan dengan Gula dan Garam. 
  6. Terus memasak sehingga gula larut, masukkan daun limau purut. 
  7. Kacau sehingga sedikit pekat .
  8. Tutup api dan biarkan sambal sejuk.
  9. Masukkan kentang yang telah digoreng , gaulkan dengan sambal hingga rata dan sebati. 
  10. Biarkan ia sejuk dan boleh di simpan didalam bekas bertutup rapat

Tips : Boleh tambahkan kacang goreng dan ikan bilis goreng jika anda suka.



0 Response to "Resepi Ubi Kentang Goreng Kering Bercili"

Post a Comment