Resepi Raya : Biskut Suji Kristal Cinta


 Biskut Suji Kristal Cinta, nama pun tidak boleh kalah, hehe.. jom kita buat kuih raya warna warni sikit, meriah balang kuih raya kan.. bila melt dalam mulut, memang layan



Bahan-bahannya ( 15 biji)
  • ½ cawan Buttercup
  • ½ cawan Minyak Sapi
  • ¾ cawan Gula Halus
  • Sedikit Esen Vanilla
  • 1 sudu besar Serbuk Badam
  • 1 sudu besar Susu Tepung
  • 2 cawan Tepung Gandum
  • 3 pewarna masakan
  • Papercup yang comel
Bahan salutan: 
  • Gula Kastor


Cara-cara untuk membuatnya 

1. Campurkan Butter, Minyak Sapi, Gula , Esen Vanilla hingga sebati
2. Masukkan Serbuk Badam dan Tepung Gandum sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh yang sesuai untuk dibentuk dan tak melekat di tangan
3. Bahagikan tiga bahagian dan Masukkan pewarna yang disukai.
4. Ambilkan ketiga-tiga warna dan jadikan bentk bulat-bulat.
5. Panas kan oven dan bakar suhu 170 masa 20 minit . atas bawah api nye
6. Golek-golekkan dalam gula halus tadi semasa panas2 dan Masukkan dalam paper cup.

0 Response to "Resepi Raya : Biskut Suji Kristal Cinta"

Post a Comment