Resepi Serunding Ikan Goreng leftover


Jika kita ada leftover o overnight Ikan Goreng, jangan dibuang. ia boleh buat Resepi serunding Ikan yang sangat mudah dan menjimatkan .  Senang sahaja.


Bahan-bahannya

  1. 500 gram Ikan Goreng - leftover / overnight
  2. 500 gram Kelapa Parut
  3. 5 biji Bawang Merah
  4. 3 biji Bawang Putih
  5. Lengkuas
  6. 2 inci Halia
  7. 2 batang Serai
  8. 15-20 Cili Kering - digoreng terlebih dahulu , kemudian dikisar
  9. Jus Perahan Limau
  10. Garam - secukup rasa
  11. Gula - secukup rasa
  12. Serbuk Perasa - secukup rasa
  13. Daun Kunyit

Cara-cara untuk menyediakannya

  1. Pertama, Ikan goreng semalam, dicarikkan,asingkan tulang dan ditumbuk sedikit dengan lesung batu bagi isinya dilerai dan lembut sikit.
  2. Kisarkan Halia, Bawang Merah, Bawang Putih, Serai dan Lengkuas serta Cili Kering yang telah digoreng. 
  3. Kemudian, Panaskan kuali tumiskan bahan-bahan yang telah dikisar, kemudian setelah naik bau masukkan Ikan dan Kelapa Parut. Gaul kan sebati.
  4. Perisakan dengan Garam, Gula dan Serbuk Perisa dengan secukupnya.
  5. Taburkan hirisan Daun Kunyit. Perahkan sedikit limau nipis .
  6. Masak sehingga kering dengan api dapur yang sederhana,
  7. Boleh taburkan Bawang Goreng untuk menambahkan kesedapan serunding. 
  8. Gaul seketika dan padam api dapur.
  9. Siap
  10. Selamat mencuba


0 Response to "Resepi Serunding Ikan Goreng leftover"

Post a Comment