Resepi Ayam masak Phat Phet yang menyelerakan



Bahan-bahan yang diperlukan :- 


Bahan A (Kisar):
  • 5 biji Cili Padi
  • 2 inci Halia 
  • 2 inci Kunyit Hidup 
  • 2 batang Serai
  • 5 ulas Bawang Putih
  • 1 biji Bawang Besar
Bahan B 
  • 1/2 ekor Ayam *dipotong berapa bahagian
  • 1 batang serai *diketuk
  • 1 asam keping
  • 4 helai daun limau purut
  • Garam dan Gula *secukup rasa
  • Air *secukupnya
Cara-cara penyediaannya adalah :- 
  1. Pertama, kisar Bahan A dan kemudian tumis sehingga naik bau wangi .
  2. Setelah kering tumisan tadi masukkan 1-2 cawan air.
  3. Kemudian masukkan, sebatang serai dititik, asam keping, ayam, daun limau purut dan garam serta gula.
  4. Pastikan ayam masak sepenuhnya. 
  5. Kacau seketika, dan rasa. 
  6. Siap dan sedia untuk dihidangkan.

Nota :- 
Jika kurang berkuah masukkan sedikit air mengikut citarasa sendiri.
Pada mereka yang gemar masakan pedas,  boleh tambah cili padi semasa mengisar bahan tadi. 

0 Response to "Resepi Ayam masak Phat Phet yang menyelerakan"

Post a Comment