Resepi Creampuff Gebu

Resepi Creampuff Gebu * untuk 20biji 








Bahan-bahan yang diperlukan :- 

  • 250ml Air
  • 100g Mentega
  • 125g Tepung Gandum
  • 2 biji Telur *gred A 
  • 1 sudu kecil Gula
  • Secubit garam *secukup rasa


Cara-cara untuk menyediakannya :- 

  1. Pertama sekali, Didihkan air dan mentega di dalam periuk sehingga mentega cair kemudian tutupkan api.
  2. Kemudian, masukkan tepung gandum dan kacau sehingga adunan menjadi pekat dan likat.
  3. Biarkan adunan sejuk seketika dalam 10-15 minit sebelum masukkan telur.
  4. Setelah itu, masukkan Telur satu per satu ke dalam adunan dan kacau gunakan mixer pada kelajuan tinggi untuk dapatkan creampuff yang berongga di dalam.
  5. Setelah adunan dah siap dipukul hingga sebati, masukkan ke dalam piping bag yang diletakkan nozzle bintang untuk mendapatkan efek corak.
  6. Jangan lupa, sapukan sedikit mentega pada loyang atau dilapik baking paper.
  7. Paipkan adunan satu persatu secara berjarak kerana creampuff akan mengembang.
  8. Bakar kedalam ketuhar selama 170c selama lebih kurang 30 minit.
  9. Keluarkan creampuff dan biarkan sejuk sebelum digunting dan dipaipkan cream filling ke dalam nya.
  10. Akhir sekali boleh tabur gula aising dan siap.


Filling creamy vanilla

Bahan-bahan yang diperlukan :-

  • 1 cawan Whipping Cream
  • 2 sudu besar Gula
  • 1/2 sudu kecil Esen Vanilla

Cara-cara untuk menyediakannya:- 

  1. Sejukkan dulu bekas yang hendak digunakan untuk pukul Cream di dalam peti ais. Whipping cream  perlu disimpan di dalam peti ais.
  2. Keluarkan bekas dari peti ais dan masukkan Whipping Cream, Gula dan Esen Vanilla bersama .
  3. Pukul dengan menggunakan mesin mixer pada kelajuan tinggi hingga memekat. (tips: nak bagi krim ni kembang dan pekat kena pastikan semua sejuk kalau tidak, krim akan menjadi cair)


0 Response to "Resepi Creampuff Gebu"

Post a Comment