Resepi Eksotik Kerabu Sare ( Rumpai Laut)

Sarang ialah sejenis rumpai laut. Orang kelantan makan dengan tumis nasi kerabu dan sambal kelapa Jadi lah nama Kerabu Sare. Pada kebiasaannya, dihidangkan di setiap kenduri kendara di pantai timur khususnya di Negeri Kelantan.  Dipanggil eksotik kerana amat sukar untuk dapati dipasaran berdekatan. Ia juga dipanggil sebagai Kerabu Sare Kolagen.



Boleh dapatkan di shopee , Rumpai Laut dari Samporna Sabah

Jom tengok kita tengok bahan-bahan dan resepi nya.

Bahan utama:
Rumpai Laut Kering  *direndam 2 malam,  *untuk bagi lembut Serta utk hilang kan pasir.

Bahan-bahan Tumis
1. Bawang merah, bawang putih, serai, lengkuas, lada kering (dikisar)
2. Santan sekilo
3. Asam keping
4. Garam
5. Budu sebotol kecil
6. Minyak masak

Cara-cara untuk menyediakannya :-
1. Panaskan minyak tumis bahan yang dikisar.
2. Kering sampai pecah minyak masukkan budu dan santan.
3. Masukkan sedikit air, buka api kecil dan biarkan ia kering .

Resepi Sambal Kelapa 

1. Goreng kelapa sampai garing kekuningan
2. Kukus ikan selayang
3. Perisi kan ikan dan gaul rata isi ikan ke dalam kelapa goreng
4. Bawang putih, bwg merah, lada hitam (tumbok)
5. Serai dimayang
5. Garam dan gula melaka.

Cara-cara untuk menikmati Kerabu Sare ini

  • Gaul sehingga sekata semua bahan-bahan di atas ke dalam bekas berisi sarang ( Rumpai Laut).
  • Enak dimakan bersama nasi kerabu. 

Resepi dan Gambar : Google


0 Response to "Resepi Eksotik Kerabu Sare ( Rumpai Laut)"

Post a Comment