Resepi Kerang Goreng Berlado yang ringkas

Bahan yang diperlukan:
  • 1 kilogram Kerang 
  • 2 biji Bawang Besar
  • 4 ulas Bawang Putih
  • 1 inci Halia
  • 2 Cili Merah
  • 7-8 Cili Padi (Hijau Merah)
  • 2 batang Serai (diketuk)
  • Sos tiram
  • Sos cili
  • Serbuk Maggi cukup rasa
  • Gula *secukup perasa
  • Lada benggala Hijau / Bunga Kobis, Lobak Merah ( Pilihan)
  • Jus Limau nipis ( penambah rasa)
  • Air * sedikit ( Jika mahu berkuah)


Cara penyediaan:
1) Kisarkan  Bawang besar, Bawang putih, Halia, Cili Merah serta Cili Padi.
2) Sementara itu, Rebuskan kerang secara separuh masak (dalam 3 minit), kemudian angkat kerang dan masukkan dalam air berisi ais untuk elakkan kerang terlampau masak
3) Panaskan Minyak, Masukkan Serai, Mayangkan sampai naik bau wangi.
4) Masukkan bahan-bahan yang dikisar tadi , terus tumis sampai naik bau.
5) Masukkan Lada Benggala , Sos Tiram, Sos Cili, Gula & Serbuk Maggi cukup rasa. 
6) Jika agak kering, masukkan sedikit air , biarkan ia berkuah sedikit.
7) Masukkan kerang. Perahkan sebiji limau nipis.  Gaul sebati seketika. 
8) Siap dan Sedia dihidangkan. 

Kredit : Resepi Ibunda


0 Response to "Resepi Kerang Goreng Berlado yang ringkas "

Post a Comment