Jangan lupakan yang lama, bila sudah ada yang baru.
Sama la kuih muih tradisional lama, mentang-mentang sekarang banyak kuih muih moden.
Jom kita cuba buat resepi yang mudah ini.
Bahan-bahan yang diperlukan :-
- 2 1/2 cawan Air
- 3/4 cawan biji sagu
- 1 sudu kecil Pewarna Merah
- 1 sudu kecil Perasa Ros
- 2 helai Daun Pandan
- 1 cawan Kelapa Parut
- 1/2 sudu kecil Garam
- Sedikit Minyak Masak * sapuan diloyang atau bekas
Cara-cara untuk menyediakan :-
- Di dalam periuk, masukkan air, sagu, gula, perisa ros, pewarna merah dan daun pandan. Reneh hingga pekat.
- Sapukan loyang dengan minyak.
- Masukkan adunan sagu dan kukus selama 20 minit.
- Kemudian, sejukkan 20 minit. Kemudian, sejukkan sehingga menjadi keras.
- Gaul kelapa parut bersama garam.
- Potong kuih sagu dan salutkan dengan kelapa parut.
- Siap untuk dihidang!
0 Response to "Resepi Kuih Tradisional Sagu Merah yang Mudah"
Post a Comment